kasih rakyat

SENTIASA BERSAMA ANDA

JUMLAH FAEDAH

KETERANGAN FAEDAH

RM20,000.00

Bagi kematian akibat kemalangan seperti kemalangan kenderaan, dll.

RM30,000.00

Perlindungan maksima bagi keilatan kekal atau kehilangan fizikal akibat kemalangan, tertakluk kepada Skala Pampasan.

RM10,000.00

Manfaat kematian kemalangan tambahan semasa dalam perjalanan sebagai penumpang yang membayar tambang dalam pengangkutan awam.

RM1,000.00

Perbelanjaan pengebumian akibat semua sebab; dibayar sebagai tambahan kepada manfaat kematian. Manfaat ini bagi kematian disebabkan penyakit atau kematian biasa hanya dibayar jika kematian tersebut berlaku selepas enam (6) bulan dari tarikh berkuatkuasa perlindungan.

RM30.00

Had setiap hari, sehingga maksima 30 hari untuk setiap kemalangan bagi manfaat tunai hospital ketika kemasukan hospital akibat kemalangan.

RM200.00

Had bagi setiap kemalangan, bayaran balik caj sebenar untuk fi ambulans.

RM500.00

Had bagi setiap kemalangan, untuk pembelian prostesis yang termasuk kerusi roda, topang, tangan atau kaki palsu.

RM150.00

Had bagi setiap kemalangan, untuk penggantian kehilangan dokumen akibat diragut.

RM250.00

Had bagi setiap kemalangan, untuk kerugian disebabkan ugutan ketika
mengeluarkan wang tunai di ATM.

1. PELAN APAKAH INI?

Takaful Kemalangan Diri Kasih Rakyat memberi perlindungan kepada individu terhadap kecederaan anggota badan atau kematian akibat tindakan ganas, kemalangan tidak sengaja, secara luaran dan jelas kelihatan.

2. APAKAH KONSEP SYARIAH YANG TERPAKAI?

Pelan ini meggunakan Kontrak Wakalah dan Tabarru’ dimana wakalah merupakan kontrak dimana orang yang dilindungi melantik Takaful Malaysia bagi menguruskan sumbangan mengikut cara yang difikirkan sesuai oleh Takaful Malaysia selaras dengan prinsip Syariah dan Tabarru’ adalah kontrak derma dimana peserta akan mendermakan sebahagian daripada sumbangan ke dalam dana takaful yang akan digunakan untuk membantu peserta lain yang ditimpa musibah.

3. APAKAH PERLINDUNGAN / MANFAAT YANG DISEDIAKAN?

Sila rujuk kepada Jadual Manfaat di atas untuk perlindungan yang disediakan di bawah Kasih Rakyat Takaful Kemalangan Diri.

Nota : Sila rujuk kepada skala manfaat bagi hilang upaya kekal di dalam sijil induk. Tempoh perlindungan adalah satu tahun. Anda perlu memperbaharui sijil anda setiap tahun.

4. SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON?

Takaful Kemalangan Diri Kasih Rakyat adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 65 tahun yang sihat tubuh badan dan tidak mengalami sebarang kecacatan fizikal. Bagi mereka yang terlibat dengan pekerjaan berbahaya berikut : angkatan tentera/pasukan
polis/tentera pengaman, penyelam, pekerja pembalakan, pelombong, pekerja pelantar minyak, pekerja limbungan kapal, atau mereka yang melibatkan diri dengan bahan letupan boleh diterima tetapi perlindungan tidak disediakan apabila mereka melakukan tugas rasmi.

5. BERAPAKAH JUMLAH SUMBANGAN YANG PERLU SAYA BAYAR?

Jumlah sumbangan tahunan yang anda perlu bayar ialah RM53-00.

6. APAKAH CAJ-CAJ DAN YURAN-YURAN YANG SAYA PERLU BAYAR?

Yuran Wakalah – 60% daripada jumlah sumbangan tahunan dibayar yang terdiri daripada komisen dan perbelanjaan lain. Apabila penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), Takaful Malaysia berhak untuk mengenakan GST pada kadar yang ditetapkan pada setiap sumbangan yang kena dibayar.

7. BILAKAH PERLINDUNGAN SAYA AKAN BERMULA?

Perlindungan akan bermula pada tarikh anda membayar sumbangan dan Kad Kasih Rakyat dengan Sijil Takaful dikeluarkan kepada anda.

8. APAKAH SEBAHAGIAN DARIPADA TERMA DAN SYARAT PENTING YANG PATUT SAYA TAHU?

Tempoh Penelitian Percuma – Anda boleh membatalkan pelan ini dengan memulangkan Kad Kasih Rakyat dan Sijil Takaful dalam tempoh lima belas (15) hari kalendar selepas kad dan sijil takaful diterima oleh anda. Sumbangan yang anda telah bayar akan dibayar balik kepada anda.

Manfaat untuk tuntutan perbelanjaan pengebumian disebabkan penyakit atau kematian biasa hanya dibayar jika kematian tersebut berlaku selepas enam (6) bulan dari tarikh perlindunagn berkuatkuasa. Ianya adalah hanya untuk tahun pertama perlindungan. Walaubagaimanapun, sekiranya perlindungan luput, syarat ini akan terpakai semula.

9. APAKAH PENGECUALIAN UTAMA BAGI PELAN INI?

Sila rujuk kepada bahagian di atas mengenai “Beberapa Pengecualian Utama’ untuk beberapa pengecualian di bawah pelan ini. Nota : Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada sijil induk untuk senarai penuh pengecualian di bawah pelan ini.

10. BOLEHKAH SAYA MEMBATALKAN PERLINDUNGAN SAYA SELEPAS 15 HARI TEMPOH PENELITIAN PERCUMA DAN MENDAPATKAN BAYARAN BALIK?

Tidak. Walaubagaimanapun, anda akan terus menikmati perlindungan sepenuhnya sehingga tarikh luput perlindungan.

11. APA YANG PERLU SAYA LAKUKAN JIKA TERDAPAT PERUBAHAN DALAM MAKLUMAT PERIBADI SAYA?

Adalah penting untuk anda memaklumkan kepada kami tentang sebarang perubahan mengenai maklumat peribadi anda/penama anda atau profil anda termasuk pekerjaan dan maklumat peribadi yang akan menjejaskan profil risiko.

12. BOLEHKAH SAYA MENERIMA MANFAAT DI BAWAH KASIH RAKYAT JIKA SAYA MEMPUNYAI PELAN TAKAFUL/INSURAN YANG LAIN?

Sudah tentu! Anda masih akan menerima manfaat tersebut disamping pelan takaful/insuran lain yang anda miliki.

13. DIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT?

Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada Wakil Pemasaran, Kasih Rakyat & Takaful Malaysia.

YAYASAN MU’MIN MALAYSIA
No. 1895, Jalan Bukit Lela, Taman Bukit Lela, Batu 6 ¾,
Jalan Gombak, 53100 Kuala Lumpur
Tel : +6011 6171 3736
Email : yayasanmuminmalaysia@gmail.com
www.yamumin.com

KASIH RAKYAT (M) SDN BHD
No 2A-2, 1st Floor, Jalan USJ 9/5N
UEP Subang Jaya, 47620 Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-8023 43336 / 03-8025 9208
Fax : 03-8023 4243
www.kasihrakyat.com.my

SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BHD
Menara Takaful Malaysia
No. 4, Jalan Sultan Sulaiman
50000 Kuala Lumpur
P.O. Box 11483, 50746 Kuala Lumpur
Tel : 1-300 8 Takaful (825 2385
Fax : 603-2274 0237
www.takaful-malaysia.com.my

NOTA PENTING : ANDA MESTI MELANTIK PENAMA DAN PASTIKAN PENAMA ANDA TAHU
TENTANG PELAN YANG TELAH ANDA SERTAI. ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SIJIL
TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN WAKIL PEMASARAN ATAU HUBUNGI PENGENDALI
TAKAFUL UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

SEBAHAGIAN PENGECUALIAN UTAMA

Beberapa Pengecualian Biasa Seperti Gila, Bunuh Diri, (Sama Ada Siuman Atau Tidak Siuman), Kecederaan Diri Sendiri Yang Disengajakan Atau Sebarang Cubaan, Kecacatan Fizikal Sedia Ada Atau Kecacatan Mental Atau Kelemahan; Kesan Atau Pengaruh Dadah Atau Alkohol; Pembunuhan Atau Serangan; Semasa Melakukan Atau Cuba Melakukan Apa-apa Perbuatan Menyalahi Undang-undang Atau Jenayah; Atau Peperangan, Pencerobohan, Tindakan Musuh Asing, Permusuhan (Sama Ada Peperangan Diisytiharkan Atau Tidak), Perang Saudara, Pemberontakan, Revolusi, Dahagi Atau Rampasan Kuasa, Mogok, Rusuhan, Kekecohan Awam, Ketenteraan Atau Pemberontakan Popular, Apabila Orang Yang Dilindungi Mengambil Bahagian Di Dalamnya.

Prof. Dr. Jamil Bin Hashim
Pengerusi

Mencipta Masa Depan Yang Cemerlang